
OBJEKTIF
Untuk mengadakan perkhidmatan sokongan dan operasi yang cekap dan berkesan bagi seluruh perkhidmatan bomba dan juga mentadbir aktiviti-aktiviti, kewangan, perkhidmatan dan penjawatan. FUNGSI
- Memberikan khidmat sokongan dalam aktiviti pentadbiran am dalam pengendalian surat, fail, kebersihan dan keselamatan pejabat.
- Menguruskan pengurusan personel dan perjawatan dalam pengurusan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, permohonan jawatan, kenaikan pangkat, cuti, permohonan pinjaman perumahan, komputer, pengurusan persaraan, pengisytiharan harta dan tatatertib.
- Menguruskan kewangan Jabatan melalui e-perolehan, baucer bayaran, kutipan hasil dan kawalan perbelanjaan Jabatan supaya tidak melebihi batas perbelanjaan.
UNIT-UNIT
Pentadbiran Am Memberi khidmat sokongan dalam mengendalikan pengiriman surat, penerimaan surat, sistem fail, keselamatan, kebersihan pejabat dan tatatertib. Perjawatan Mengurus kenaikan pangkat, perjawatan berpencen, cuti dan sebagainya yang ada hubungkait dengan pengurusan personel. Kewangan Mengurus kewangan Jabatan seperti penyediaan baucer bayaran, kutipan hasil dan kawalan perbelanjaan Jabatan supaya tidak melebihi batas perbelanjaan. Unit ini juga bertanggungjawab memungut dan melaporkan kutipan Kumpulan Wang Amanah Kebajikan Perkhidmatan Bomba di bawah Akta 341 Seksyen 48 dan 49. Perolehan dan Logistik Bertindak sebagai pemberi maklumat kepada pihak pengurusan di atas keperluan-keperluan peralatan dan kelengkapan pakaian seragam, kebombaan dan peralatan jentera agar ianya cukup demi untuk mewujudkan pengurusan stor yang cekap dan bersistematik PIAGAM PELANGGAN
- Menentukan supaya pengurusan sumber manusia dan kewangan diuruskan dengan mesra, adil, berkualiti, cekap dan berkesan.
- Menyiapkan semua jenis baucer bayaran dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh menerima dokumen-dokumen lengkap.
- Memastikan urusan pembelian dan bekalan dilaksanakan mengikut peraturan dengan adil dan menepati masa.
|