Siaran langsung Bomba Bersama Selangor FM akan ke udara setiap hari di frekuensi 100.90 mhz mulai pukul 8.25 pagi hingga 8.30 pagi oleh Pegawai Perhubungan Awam JBPM Negeri Selangor.
Kuiz Bomba
Pencegah Kebakaran
OBJEKTIF
Memproses pelan bangunan tidak melebihi 30 hari dari permohonan diterima dengan syarat-syarat keperluan yang dikehendaki dipenuhi.
Memproses pelan M&E tidak melebihi 30 hari dari permohonan diterima dengan syarat-syarat keperluan yang dikehendaki dipenuhi.
Membuat pemeriksaan serta mengeluarkan surat sokongan CF tidak lebih 14 hari dari tarikh pemeriksaan.
Menyediakan surat sokongan perlesenan tidak lebih 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
FUNGSI
Mengambil konsep 'Mencegah Lebih Baik Daripada Memadam' Bahagian Pencegah dan Keselamatan telah dipertanggungjawabkan untuk mengurangkan risiko kebakaran dan meminimalkan kerugian kebakaran. Oleh itu, untuk mencapai objektif dan fungsi bahagian di antara langkah komprehensif yang diambil termasuk:
Mengkaji dan memberi perakuan kepada rekabentuk bangunan baru dengan memastikan pematuhan sepenuhnya kepada keperluan kebombaan.
Menyelaras dan mengkaji keberkesanan piawaian dan kod-kod amali yang digunapakai.
Memantau, menyelaras aktiviti pengkajian pelan dan pengeluaran surat sokongan Sijil Menduduki Bangunan di peringkat negeri.
Menyelaras, menaja dan menyediakan panduan-panduan pendidikan awam kepada usaha-usaha meningkatkan kesedaran masyarakat umum terhadap pentingnya pencegahan kebakaran.
PIAGAM PELANGGAN
Komitmen kami adalah untuk menentukan setiap cadangan pembinaan premis perniagaan dilengkapi dengan sistem pencegahan kebakaran yang bersesuaian bagi keselamatan nyawa dan harta benda.
Semua pelan bangunan (Arkitektural dan Mekanikal/Elektrikal) akan siap dikaji dan diberi ulasan dalam tempoh empatbelas (14) hari untuk pengesahan/kelulusan dari tarikh pelan-pelan diterima dengan syarat ianya disertakan dengan maklumat dan dokumen yang lengkap.
Sokongan untuk lesen menduduki bangunan akan dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari dan tarikh pemeriksaan dijalankan dengan syarat segala keperluan dan kehendak kebombaan telah dipasang/diadakan dan diuji dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
Kami akan menentukan anda mendapat khidmat nasihat dan maklumat berkaitan dengan cara-cara mencegah kebakaran dengan tepat, betul dan berkesan.
Keselamatan Kebakaran di Dapur Pastikan anda cergas semasa memasak.Jangan memasak bila anda penat atau mengantuk. Jangan tinggalkan dapur ketika memasak. Pastikan dapur anda sentiasa bersih dan teratur Ruang Untuk Alat Memanas Letakkan semua alat memanas sekurang-kurangnya tiga kaki atau satu meter dari benda-benda boleh terbakar. Bekas Abuk Rokok Gunakan bekas abuk rokok yang besar dan dalam. Ba...
Sediakan pelan jalan keluar semasa kebakaran untuk rumah anda. Pastikan semua penghuni rumah anda tahu apa yang patut dilakukan sekiranya berlaku kebakaran.
Setiap rumah mesti memasang sekurang-kurangnya satu alat pengesan asap. Keutamaan harus diberi kepada kawasan dapur. Alat ini juga digalakkan dipasang di setiap bilik tidur. Alat pengesan asap mesti sentiasa dijaga dan diperiksa.
Urusan pengambilan perjawatan di dalam BOMBA diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sila hubungi pihak SPA untuk keterangan lanjut di talian 03-88856000 atau di laman web http://www.spa.gov.my
HUBUNGI KAMI
Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Selangor, No 3 Persiaran Tebar Layar,Bukit Jelutong, Seksyen U8,40150 Shah Alam, Selangor. Tel : 03-7846 4444 Fax : 03-7846 4496