Siaran langsung Bomba Bersama Selangor FM akan ke udara setiap hari di frekuensi 100.90 mhz mulai pukul 8.25 pagi hingga 8.30 pagi oleh Pegawai Perhubungan Awam JBPM Negeri Selangor.
Kuiz Bomba
Operasi
OBJEKTIF
Untuk memberi khidmat operasi kebombaan dan penyelamatan yang profesional dan berkualiti bagi mengelakkan ancaman kepada nyawa dan membendung kemusnahan harta benda dan alam sekitar mengikut peruntukan undang-undang.
FUNGSI
Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.
Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
Menentukan adanya jalan keluar kebakaran,penyelenggaraan dan pengawalseliaan yang sempurna
Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.
Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.
PIAGAM PELANGGAN
Komitmen kami adalah untuk memberi perkhidmatan perlindungan kebakaran dan menyelamat yang cekap, mantap dan berkesan kepada seluruh anggota masyarakat.
Dengan itu kami berjanji :
Mengeluarkan jentera bomba pertama ke tempat kecemasan dalam tempoh 90 saat dari masa panggilan pertama.
Mengeluarkan pancutan pertama dalam masa 3 minit dari masa mula tiba ke tempat kejadian kebakaran.
Menyiapkan laporan kebakaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh segala maklumat dan dokumen perlu diperolehi.
Kami juga berjanji akan sentiasa berusaha mempertingkatkan kemampuan agar dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang setiap masa.
Keselamatan Kebakaran di Dapur Pastikan anda cergas semasa memasak.Jangan memasak bila anda penat atau mengantuk. Jangan tinggalkan dapur ketika memasak. Pastikan dapur anda sentiasa bersih dan teratur Ruang Untuk Alat Memanas Letakkan semua alat memanas sekurang-kurangnya tiga kaki atau satu meter dari benda-benda boleh terbakar. Bekas Abuk Rokok Gunakan bekas abuk rokok yang besar dan dalam. Ba...
Sediakan pelan jalan keluar semasa kebakaran untuk rumah anda. Pastikan semua penghuni rumah anda tahu apa yang patut dilakukan sekiranya berlaku kebakaran.
Setiap rumah mesti memasang sekurang-kurangnya satu alat pengesan asap. Keutamaan harus diberi kepada kawasan dapur. Alat ini juga digalakkan dipasang di setiap bilik tidur. Alat pengesan asap mesti sentiasa dijaga dan diperiksa.
Urusan pengambilan perjawatan di dalam BOMBA diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sila hubungi pihak SPA untuk keterangan lanjut di talian 03-88856000 atau di laman web http://www.spa.gov.my
HUBUNGI KAMI
Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Selangor, No 3 Persiaran Tebar Layar,Bukit Jelutong, Seksyen U8,40150 Shah Alam, Selangor. Tel : 03-7846 4444 Fax : 03-7846 4496