Siaran langsung Bomba Bersama Selangor FM akan ke udara setiap hari di frekuensi 100.90 mhz mulai pukul 8.25 pagi hingga 8.30 pagi oleh Pegawai Perhubungan Awam JBPM Negeri Selangor.
Kuiz Bomba
Fungsi
Memelihara dan meningkatkan imej Jabatan melalui strategi pengurusan korporat dan perhubungan awam yang teratur serta mempromosikan kempen dan program rasmi Jabatan melalui media massa.
Memastikan program dan aktiviti Jabatan mendapat publisiti meluas secara profesional melalui media massa.
Memastikan kumpulan sasaran Jabatan memahami dan menerima program dan aktiviti Jabatan.
Memastikan program dan aktiviti Jabatan didokumentasikan dalam bentuk video atau CD atau Penulisan.
Memastikan Aduan Awam diuruskan dengan cekap dan berkesan.
Memastikan Laman Web Jabatan diuruskan dengan cekap dan teratur.
Memastikan Anjung Ilmu diuruskan dengan cekap dan teratur.
Keselamatan Kebakaran di Dapur Pastikan anda cergas semasa memasak.Jangan memasak bila anda penat atau mengantuk. Jangan tinggalkan dapur ketika memasak. Pastikan dapur anda sentiasa bersih dan teratur Ruang Untuk Alat Memanas Letakkan semua alat memanas sekurang-kurangnya tiga kaki atau satu meter dari benda-benda boleh terbakar. Bekas Abuk Rokok Gunakan bekas abuk rokok yang besar dan dalam. Ba...
Sediakan pelan jalan keluar semasa kebakaran untuk rumah anda. Pastikan semua penghuni rumah anda tahu apa yang patut dilakukan sekiranya berlaku kebakaran.
Setiap rumah mesti memasang sekurang-kurangnya satu alat pengesan asap. Keutamaan harus diberi kepada kawasan dapur. Alat ini juga digalakkan dipasang di setiap bilik tidur. Alat pengesan asap mesti sentiasa dijaga dan diperiksa.
Urusan pengambilan perjawatan di dalam BOMBA diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sila hubungi pihak SPA untuk keterangan lanjut di talian 03-88856000 atau di laman web http://www.spa.gov.my
HUBUNGI KAMI
Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Selangor, No 3 Persiaran Tebar Layar,Bukit Jelutong, Seksyen U8,40150 Shah Alam, Selangor. Tel : 03-7846 4444 Fax : 03-7846 4496