Teman Pili Bomba

Perkara Isi Kandungan
Objektif Untuk mewujudkan kesedaran masyarakat tentang perlunya pili bomba dengan memberi kerjasama dengan melihat, menjaga dan melaporkan sekiranya berlaku halangan/kerosakan kepada pili bomba. Untuk memberi kemudahan kepada Pasukan Bomba melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan pili bomba yang sepatutnya diperiksa 3 ke 4 bulan sekali.
Peranan

 

  1. Menjadikan pili bomba sebagai 'anak angkat' dengan melihat / mengawal daripada berlakunya halangan / kerosakan kepada pili bomba.
  2. Melaporkan kepada pihak bomba, polis, bekalan air atau pihak-pihak yang berkenaan jika berlaku perkara-perkara berikut:-
    1. Semasa kerja pembaikan jalan dilakukan, lubang (hydrant pit) ditimbus dengan batu-batu penurap jalan, simen atau tanah.
    2. Jika berlakunya kegiatan mencuri air dari pili bomba.
    3. Jika ada kebocoran paip atau lain-lain kerosakan seperti tiang pili bomba patah, tanda 'H' musnah atau dipindahkan dan sebagainya.
  3. Menghalang sesiapa saja yang menjadikan pili bomba tempat pembuangan sampah.
  4. Mengecat pili bomba dengan menggunakan cat yang ditentukan iaitu warna kuning bagi batu tanda dan penutup lubang pili bomba.
  5. Mengawasi supaya muncung tembaga, false spindle dan penutup besi tidak dicuri.
Harapan

Dengan wujudnya kerjasama daripada orang ramai, adalah diharapkan perkara-perkara yang memudaratkan pili bomba seperti disebut di atas akan dapat di atasi demi kebaikan bersama. Dengan penjagaan rapi oleh mereka yang tinggal berhampiran, maka pili bomba ini akan lebih sempurna dan akan dapat digunakan pada bila-bila masa. Kerjasama serta kesanggupan anda untuk menjaga, mengecat dan melaporkan kerosakan-kerosakan pili bomba sangat-sangat disanjung tinggi. 

Keahlian

Sekolah-sekolah menengah di Negeri Selangor.

Kerosakan / Halangan Kepada Pili Bomba
  1. Lubang pili bomba ditutup semasa kerja-kerja menurap jalan raya. Dengan itu pili bomba hilang dan tidak dapat dikesan.
  2. Kesan dari penurapan jalan menyebabkan ketidakseimbangan ketinggian tiang dengan panjang stand pipe pili bomba.
  3. Penutup lubang pili bomba menjadi melengkung sukar dibuka kesan dari kenderaan berat melalui diatasnya.
  4. Tiang tanda 'H' musnah / dipindahkan.
  5. Air dicuri daripada pili bomba dan injapnya tidak ditutup dengan kemas menyebabkan air terus mengalir keluar.
  6. Muncung pili bomba di bawah tanah yang diperbuat daripada tembaga hilang dicuri
  7. Dijadikan tempat pembuangan sampah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
  8. Tiang pili bomba patah dilanggar oleh kenderaan.
  9. Warna tiang telah pudar dan susah dikenali semasa di dalam kecemasan terutama di waktu malam.
  10. Peti lubang pili bomba pecah.
Pili Bomba

Pili bomba adalah merupakan sumber utama pasukan bomba untuk mendapatkan bekalan air bagi melawan dan memadam kebakaran. Jenis-jenis Pili Bomba  

Pili Bawah Tanah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pili Jenis Tiang

 

 

 

 

 

 

Penghargaan

Sebagai menghargai keikhlasan anda untuk berbakti serta membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan menyertai program ini, maka pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia bersedia memberikan sijil penghargaan kepada setiap ahli.