ﺒﺴﻢﺍﷲﺍﻠﺮﺤﻤﻦﺍﻠﺮﺤﻴﻢ ﺍﻟﺴﻸﻤﻋﻠﻴﻛﻢﻮﺮﺣﻤﺔﺍﷲﻮﺒﺮﮒﺎﺗﻪ
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Selamat datang ke Portal Rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor. Laman Web ini dibangunkan bagi memudahkan orang ramai untuk mendapat informasi terkini berhubung dengan segala aktiviti dan kegiatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor. Melalui Laman Web ini juga masyarakat dapat menyalurkan pandangan dan pendapat dalam membantu mempertingkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan organisasi Jabatan ini selaras dengan slogan “ Cepat dan Mesra “ serta Perkhidmatan Teras Jabatan seperti yang terkandung di dalam “Pelan Strategik” Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang bertemakan “ Ke Arah Penyampaian Perkhidmatan Kebombaan dan Menyelamat Yang Melebihi Ekspektasi Masyarakat”. Justeru saya mempelawa masyarakat serta semua pegawai dan kakitangan JBPM Negeri Selangor agar dapat memanfaatkan Laman Web ini secara optimum bagi membolehkan organisasi ini akan terus relevan selaras dengan Wawasan Negara yang akan mencapai status Negara maju.
Sekian terima kasih.
YS Pengarah,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor.
|