Bendera dan Logo

Bendera Rasmi

  • Bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terbahagi kepada dua bahagian, segi tiga berwarna merah dengan logo Jabatan, jalur kuning, dan jalur biru dalam satu segi tiga yang satu lagi.

  • Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi di kalangan anggota bomba dalam menlaksanakan tugas operasi kebombaan dan penyelamatan untuk bangsa dan negara.

  • 14 jalur kuning dan biru membawa maksud perkhidmatan kebombaan dan menyelamat yang merangkumi keseluruhan 14 buah negeri di negara ini.

  • Jalur kuning melambangkan Jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dan stakeholders ke arah perkhidmatan bertaraf dunia dan mencerminkan kesetiaan kepada Raja dan Negara.

  • Jalur warna biru melambangkan air yang digunakan sebagai media utama pemadaman kebakaran dan menitikberatkan kebersihan alam sekitar semasa menjalankan operasi kecemasan.

 

 

Logo Rasmi

  • Bahagian teratas logo jabatan terdapat bentuk bulan sabit dan bintang yang membawa makna bahawa nilai-nilai Islam dan nilai-nilai murni diserapkan ke dalam budaya kerja jabatan.

  • Topi keledar dan dua kapak bersilang bermaksud keselamatan kepada personel jabatan yang memberikan perkhidmatan secara profesional.

  • Tiga butir bunga padi disusun berlapis sembilan dalam dua lingkaran melambangkan sembilan Negeri Beraja, kuasa jabatan untuk melaksanakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dan juga melambangkan kemakmuran negara.

  • Ikatan tali 'clove hitch' melambangkan jabatan menjalankan kerja-kerja penyelamatan.

  • Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi manakala warna kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti (a golden service) kepada komuniti.  
     

 

Sumber : Pelan Strategik Jabatan Bomba dan Penyelamat  Malaysia (2009 - 2020)