![]() |
Keselamatan Kebakaran di Dapur Pastikan anda cergas emasa memasak.Jangan memasak bila anda penat atau mengantuk. Jangan tinggalkan dapur ketika memasak. Pastikan dapur anda sentiasa bersih dan teratur |
![]() |
Ruang Untuk Alat Memanas Letakkan semua alat memanas sekurang-kurangnya tiga kaki atau satu meter dari benda-benda boleh terbakar. |
![]() |
Bekas Abuk Rokok Gunakan bekas abuk rokok yang besar dan dalam. Basahkan bekas sebelum menggunakannya.Jangan merokok bila anda di atas katil. |
![]() |
Mancis dan Pemetik Api Pastikan anda menyimpan mancis dan pemetik api di dalam kabinet berkunci jauh daripada kanak-kanak. |
![]() |
Letrik Gantikan wayar-wayar letrik yang rosak. Periksa alat-alat letrik yang anda gunakan. Jangan gunakan alat-alat yang mengeluarkan bau atau asap, atau yang panas berlebihan. |
![]() |
Lilin Letak lilin jauh dari barang-barang boleh terbakar. Gunakan tedeng untuk melindungi lilin dari ditiup angin dan padam. |
![]() |
Alat Pengesan Asap Setiap rumah mesti memasang sekurang-kurangnya satu alat pengesan asap. Keutamaan harus diberi kepada kawasan dapur. Alat ini juga digalakkan dipasang di setiap bilik tidur. Alat pengesan asap mesti sentiasa dijaga dan diperiksa. |
![]() |
Alat Pemadam Api Pastikan rumah anda ada alat pemadam api mudah alih. Ia boleh menyelamatkan nyawa dan harta benda dengan memadam api di peringkat awal. |
![]() |
Laluan Keluar Sediakan pelan jalan keluar semasa kebakaran untuk rumah anda. Pastikan semua penghuni rumah anda tahu apa yang patut dilakukan sekiranya berlaku kebakaran. |
![]() |
Cara yang betul untuk melepaskan diri di bawah asap ialah merangkak dengan kepala anda 30-60sm dari lantai. Jika pakaian anda terbakar, berhenti dan rebahkan diri. Mengguling-guling akan memadamkan api. |