Seorang Warga Asing Rentung di Kebakaran Kedai di Selayang

20 Januari 2012 - Kebakaran Kedai di alamat Jalan 1, Taman Industri Bolton, Selayang pada jam 2.35 pagi telah diketuai oleh Penolong Kanan Penguasa Bomba Azrul Khairi, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang. Kebakaran tersebut telah melibatkan 7 pintu kedai dengan anggaran keluasan 105 x 210 kps. 3 Buah Balai telah terlibat iaitu BBP Selayang, BBP Sungai Buloh dan BBP Rawang dengan seramai 22 orang termasuk Komander Operasi. Setelah kerja-kerja pemadaman dilakukan, didapati seorang mangsa telah rentung dan dipercayai warga asing. Kerugian masih dalam siasatan.

Sumber : Unit Sumber JBPM Negeri Selangor