22 Januari 2012 - Pada jam 4.27 pagi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik telah menerima panggilan kecemasan kebakaran Dewan Orang Ramai di alamat 1D Taman Bunga Raya, Kampung Melayu Subang. Kebakaran tersebut telah memusnahkan sebuah dewan dengan keluasan 10 x 80 kps. Ketua Operasi PBK II Zulkifli Bin Abdullah daripada BBP Kota Anggerik bersama 5 anggota serta bantuan daripada BBP Shah Alam turut hadir mengawal kebakaran. Tiada mangsa dilaporkan.