13 Buah Motosikal Terbakar Sekali Gus

22 Januari 2012 - Sebuah bengkel di alamat Jalan 18, Selayang Baru telah terbakar pada jam 4.54 pagi (waktu panggilan diterima). Kebakaran seluas 15 x 20 kps telah memusnahkan sebuah kedai servis motosikal dan 13 buah motosikal pelbagai jenis. Kabakaran dapat dikawal pada jam 5.16 pagi dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Jinjang dan juga Rawang.  Turut hadir Ketua Balai YS PKPgB Azrul Khairi. Tiada mangsa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Sumber : Bahagian Latihan BBP Selayang