Perbarisan Tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor Tahun 2012

27 Januari 2012 - Perbarisan Tahunan Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor tahun 2012 telah diadakan di Perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik. Pada pagi yang bersejarah itu, YS Pengarah JBPM Negeri Selangor, PKPjB Othman Bin Abdullah telah menyampaikan perutusan YAS Ketua Pengarah JBPM tahun 2012 kepada semua pegawai anggota dan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor. Segala mandat dan saranan yang disampaikan beliau didalam amanatnya diharap dapat dilaksanakan pada tahun 2012 bagi mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan oleh Jabatan.

PERUTUSAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA