27 Januari 2012 - Kebakaran berpunca daripada sebuah tong gas yang meletup di sebuah stor penyimpanan tong gas memasak di Kampung Lindungan, Petaling Jaya pada jam 8.30 malam tadi. Ketua Operasi PBK II Husin berkata mangsa seramai 2 orang lelaki Melayu telah melecur dibahagian tangan dan telah dihantar ke hospital.