Sebuah Kilang Membuat Kotak Musnah di Sungai Buloh

28 Januari 2012 - 4 buah Jentera Bomba telah dikejarkan ke tempat kebakaran kilang membuat kotak di alamat Jalan Wellfare, Sungai Buloh pada jam 2.48 pagi tadi. Kebakaran melibatkan keluasan 100 x 120 kps. Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah dibantu anggota daripada BBP Kota Anggerik dan BBP Damansara Utama bagi memadamkan kebakaran. Punca kebakaran masih dalam siasatan dan tiada mangsa dilaporkan.