28 Januari 2012 - Kejadiian berlaku di alamat Blok 6, Jalan PJS 6 Desa Mentari, Petaling Jaya pada jam 4.26 pagi tadi. Ketua Operasi, PBK II Husin berkata kebakaran melibatkan 27 buah motosikal pelbagai jenis dan sebuah kereta teksi. Punca kebakaran masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.