29 Januari 2012 - Kebakaran rumah di alamat Jalan 2/2, Pandan Perdana, Cheras pada jam 1.18 pagi. Seramai 6 Pegawai dan 31 Anggota Bomba telah dikejarkan ke tempat kejadian daripada beberapa balai berhampiran. Kebakaran melibatkan 3 buah rumah kediaman jenis separuh kekal dengan anggaran keluasan 50 x 50 kps. Punca kebakaran masih didalam siasatan dan tiada mangsa dilaporkan.