Kadet Bomba

Muat Turun Nota Penubuhan Kadet Bomba

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor

sila klik disini

 

*Tarikh Kemaskini 20/2/2012
 
Perkara Isi Kandungan
Objektif
  1. Memupuk kesedaran tentang bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahan.
  2. Menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan kebombaan sebagai salah satu gaya hidup.
  3. Meningkatkan disiplin dan setia kawan bagi memupuk semangat yakin diri serta bertanggungjawab kepada harta benda dan masyarakat.
  4. Mengeratkan kerjasama dan persefahaman antara ahli dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
  5. Mewujudkan suasana sekolah bebas dari bahaya kebakaran.
  6. Menanamkan minat untuk memilih menjadi anggota bomba dan penyelamat sebagai kerjaya. 
Aktiviti
  1. Latihan Praktikal Kawat Jalan Kaki, Kawat Operasi dan Alat Pemadam Api.
  2. Kelas Teori.
  3. Perkhemahan Peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.
  4. Lawatan Sambil Belajar.
Keahlian Sekolah-sekolah menengah di Negeri Selangor
Carta Aliran (Lihat Gambar)
Lagu Kadet Bomba

LAGU KADET BOMBA

 

Kadet bomba bersatu 
Sama berganding bahu 
Pemuda pemudi harapan 
Tiang negara

Jiwa raga yang murni 
Tanggungjawap membantu 
Dimana jua 
Tetap bersatu

Menimba ilmu jaya 
Demi masa depan 
Berwawasan matlamatnya 
Pastikan berjaya

Kadet bomba bersatu 
Bersemangat membara 
Cita-cita tersemat luhur 
Gigih berusaha

Ikrar kami sahut 
Berani beretika

Harumkan nama
Malaysia Jaya (2x)